Puyang (China)- Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk. Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpuan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payudara Lin Yao Li, 38.
Walaupun dia meraung kesakitan, saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.
Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, Wilayah Henan, di Timur China. dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan.
Wanita yang menyerang Lin Kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya, menarik rambut dan menendang celsh kelsngksng dsn payudara. Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yand didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatinya.
Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televison tempatan. kejadian ini suda menjadi perkara biasa. '' Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain.
Orang ramai tidak berminat membantu". Lin yang dipenuhi calar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipangilkan ambulans, -Agensi
0 comments:
Post a Comment